Wednesday, July 16, 2014

"MENCARI TUHAN YANG HILANG" Siri 3

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Setiap malam adalah malam yang istimewa bagi manusia. Pada setiap malam Allah Pemilik Sekalian Alam, Pemberi Kurnia kepada seluruh isi alam, Pembebas dari segala penderitaan, Penghibur duka, Pemberi segala kesenangan akan mengunjungi setiap hambaNya yang melakukan solat malam, yang sanggup mengorbankan sedikit dari kesenangan tidur yang diberikan untuk Allah menjawab segala keinginannya :

  • Bagi siapa yang mengkhendaki kekayaan akan diberikanNya kekayaan
  • Bagi siapa yang miskin akan dikayakan, yang kurang akan dicukupkan
  • Bagi siapa yang mengkhendaki kemuliaan akan diberikanNya kemuliaan
  • Bagi siapa yang mengkhendaki perubahan dan dibaiki hidup akan diubah untuk menjadi lebih baik
  • Bagi siapa yang berhutang akan dilunaskan hutangnya
  • Bagi siapa yang tersekat perniagaan akan dilancarkanNya
  • Bagi siapa yang belum bekerja akan diberikanNya pekerjaan
  • Bagi siapa yang belum bertemu jodoh akan diberikan jodoh yang baik
  • Bagi siapa yang belum diberikan akan diberikan keturunan
  • Bagi siapa yang sakit akan disembuhkan
  • Bagi siapa yang menghadapi masalah akan diringankan masalah, diberikan jalan keluar dan dianugerahkan kemampuan

Dari Jabir r.a. ia berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya pada malam hari terdapat satu saat yang mana pada saat itu tiada seorang muslim yang memohon kepada Allah akan kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberikan padanya. Dan satu saat yang yang dimaksud itu ada di setiap malam."

(At-Tirmidzi)




Wednesday, July 9, 2014

LASKAR PELANGI ..... MIMPI ADALAH KUNCI

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



“Berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia” 

“Tertawalah, seisi dunia akan tertawa bersamamu; 
jangan bersedih karena kau hanya akan bersedih sendirian.” 





SIRI MOTIVASI DIRI... KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA...

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Tuesday, July 8, 2014

MEMULIAKAN TETAMU

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. 

Kemuliaan tetamu ialah memuliakannya kerana mencari keredhaan Allah dan menjamunya dari yang halal.

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila tetamu masuk ke dalam rumah seorang mukmin maka masuk bersama seribu berkat dan seribu rahmat dan Allah s.w.t. telah menulis bagi pemilik rumah dengan setiap suapan yang dimakan tetamu pahala haji dan umrah."

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai sekalian manusia, jangan kamu membenci tetamu maka sesungguhnya apabila ia datang maka rezekiNya datang bersamanya dan apabila ia pergi maka dosa-dosa ahli pergi bersamanya."




MENETAPKAN MATLAMAT HIDUP YANG TINGGI UNTUK MENJADI LEBIH BAHAGIA

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alasan untuk matlamat hidup yang tinggi: Cita-cita membuat anda lebih bahagia.

Orang yang bercita-cita tinggi cenderung bersikap lebih berpuas hati daripada jangkaan-jangkaan lebih rendah, kata satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Consumer Research.

Arah matlamat bergantung kepada dua faktor dalam fikiran: harapan dan nilai. "Harapan" merujuk kepada  anda percaya anda akan berjaya , dan "nilai" merujuk kepada bagaimana ianya akan menjadi kebaikan jika anda berjaya mencapai matlamat.

SIRI MOTIVASI DIRI... KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA...

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Menyelesaikan Masalah Dengan Minda Separa Sedar Anda

Kadang-kadang idea-idea tidak wujud apabila anda menumpukan perhatian anda dan idea-idea datang apabila anda dalam keadaan bersantai.

Sebahagian besar ahli sains, artis-artis dan penulis-penulis melaporkan bahawa mereka mendapat idea terbaik dan wawasan apabila tidak berfikir tentang masalah itu. Ini menunjukkan bahawa idea kreatif akan hadir secara tidak sengaja.

Bila anda berhenti berfikir tentang sesuatu perkara dan memutuskan untuk melupakannya, minda separa sedar anda tidak berhenti bekerja. Adakala anda dapat  mengingati nama-nama, mendapat penyelesaian kepada masalah yang pernah anda lupakan dan idea-idea yang tidak disangka-sangka ketika anda bersantai dan tidak fikir tentang mana-mana perkara khusus.

UJIKAJI FIKIRAN

Menyelesaikan satu masalah sehingga anda telah memikirkan beberapa maklumat berkaitan. Bercakap dengan orang lain tentang masalah itu, bertanya soalan dan membuat banyak kajian sehingga anda berpuas hati.

Tulis sepucuk surat bagi minda separa sedar anda tentang masalah itu.

Buat surat itu secara terperinci dan khusus. Huraikan masalah, sifat-sifat, apa langkah yang  anda telah ambil, masalah-masalah, apa diperlukan, apa anda mahu, apa halangan-halangan dan sebagainya.

Kaedah ini akan membantu mentakrifkan satu masalah, menjelaskan isu, menunjukkan di mana lebih banyak maklumat diperlukan , dan menyediakan anda secara separa sedar untuk mendapatkan satu penyelesaian.

Surat tersebut mesti dibuat seperti  sepucuk surat yang  anda akan hantar kepada diri anda yang  sebenar.

Arahkan minda separa sedar anda untuk mencari penyelesaian. Tulis "Misi saya ialah untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu. Saya mahu penyelesaian dalam sehari dua.” Simpan surat tersebut.

Anda akan dapat jawapannya secara tiba-tiba.... Itulah anugerah Allah Yang Maha Kuasa.....

"MENCARI TUHAN YANG HILANG" Siri 2

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Ketika kita sakit, kita mengadu pada Allah melalui solat dan doa bahawa kita sakit dan memerlukan pertolonganNya. Kemudian ketika sudah melibatkan Allah di awal perjalanan, kita berjalan berikhtiar sehingga Allah menemani perjalanan ikhtiar kita. 

Dalam kes hutang, sebelum mencari solusinya, sebelum kita kecewa, kita libatkan Allah pada permulaan gerak. Kita bermunajat kepada Allah bahawa sia-sia usaha kita tanpa redha Allah. Kita mohon dipermudahkan urusan sejak mula kesusahan dirasai. Dengan cara ini, adakalanya kita tidak perlu menutup hutang dengan hutang yang baru kerana siapa tahu Allah akan membuka hati seseorang untuk memberikan peluang untuk kita melunaskan hutang. 

Disebut melibatkan Allah di permulaannya ialah :

1. Kita muhasabah diri kita kenapa masalah atau penyakit itu terjadi pada diri kita, mengapa rumahtangga tidak bahagia, mengapa banyak hutang, mengapa gelisah, mengapa mudah ditipu dan mengapa kita susah pada setiap masa.

Supaya muhasabah boleh dilakukan dengan jujur dan ikhlas, lakukan proses ini di atas sejadah di keheningan malam, bersih dari hadas, berwudhu'. Sujud kepada Allah sambil merenung dosa-dosa yang telah kita lakukan sehingga rahmat Allah menghilang dari kehidupan kita. 

2. Ketika muhasabah diri, kita rasakan memang ada yang salah di dalam hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia, kita memohon keampunan dari Allah kerana pada saat ini kesusahan kita mungkin azab dari Allah untuk membersihkan diri kita. 

3. Setelah muhasabah dilakukan secara berterusan maka setelah itu bersabarlah. Allah akan menunjukkan jalan pada kita.

4. Setelah itu, kita cari bantuan Allah dengan mencari orang-orang yang lebih susah untuk kita bantu. Kita cari pertolongan Allah di tengah rintihan orang yang sakit, miskin dan Kaum dhuafa' terdiri dari orang-orang yang terlantar, fakir miskin, anak-anak yatim dan orang cacat.

5. Setelah itu barulah kita keluar berikhtiar mencari solusi.

Sama seperti ditimpa penyakit, sebelum menemui doktor, kita mengadu pada Allah tentang kesakitan kita dan kita kunjungi terlebih dahulu orang-orang yang susah untuk kita bahagikan rezeki yang kita ada untuk meringankan beban mereka. Setelah itu kita jalan menuju doktor dan pasrahkan (berserah) segalanya pada Allah. 

Dengan cara ini iktiar kita insya Allah akan betul-betul dimakbulkan oleh Allah. Mungkin dengan hanya berjumpa satu doktor sudah diberikan kesembuhan. Atau miungkin belum berjumpa doktor, pertolongan Allah sudah datang. ALLAH MEMPUNYAI BERJUTA CARA UNTUK MENOLONG HAMBA-NYA.