Tuesday, July 8, 2014

MEMULIAKAN TETAMU

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. 

Kemuliaan tetamu ialah memuliakannya kerana mencari keredhaan Allah dan menjamunya dari yang halal.

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila tetamu masuk ke dalam rumah seorang mukmin maka masuk bersama seribu berkat dan seribu rahmat dan Allah s.w.t. telah menulis bagi pemilik rumah dengan setiap suapan yang dimakan tetamu pahala haji dan umrah."

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai sekalian manusia, jangan kamu membenci tetamu maka sesungguhnya apabila ia datang maka rezekiNya datang bersamanya dan apabila ia pergi maka dosa-dosa ahli pergi bersamanya."