Thursday, July 3, 2014

"MENCARI TUHAN YANG HILANG" Siri 1

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Dalam bersendirian, dalam putus asa, Luqman memilih menjadikan sejadah sebagai teman. Dia teringat pesan ibunya, "kalau gelisah, kalau susah, ambil wudhu', bentang sejadah. Lalu perdengarkan segala masalah kepada Allah. Insya Allah hati bakal tenang."

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Az-Zumar : 53

Ada beberapa perkara yang boleh diambil dari episod kehidupan Luqman :

1. Libatkan Allah

Kebanyakan orang mencari jalan keluar setiap masalah tanpa melibatkan Allah di awal dan seluruh ikhtiarnya.

contoh, 

  • Ketika sakit, ia berusaha mencari doktor tanpa melibatkan Allah.
  • Ketika berhutang, ia mencari penyelesaian hutangnya dalam kepanikan dan kegelisahan.
  • Ketika bermasalah, ia bercerita kepada orang lain. Bukan pada Allah.

Timbul pertanyaan yang diambil dari surah Az-Zumar ayat 44 bahawa segala pertolongan itu kepunyaan Allah.

Patutkah mereka (yang musyrik) mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi syafaat? Bertanyalah (kepada mereka): "Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak pula mengerti (sebarang apa pun)?".

Kita tahu bahawa segala pertolongan milik Allah, kenapa kita kemudian tidak pasrah dulu persoalan hidup kepada Allah sebelum berikhtiar? Yang sering terjadi kita memilih berikhtiar dahulu. Setelah ikhtiar tidak berhasil baru kita pasrah kepada Allah. Memang tidak salah tetapi akan ada beza hasilnya.